Sekali ini saja...

(jika nanti Engkau memperkenankan hamba jatuh cinta lagi...)

Tolong Hamba Ya Rabb...
Kegusaran hamba saat ini untuk selalu membantah perasaan yang tidak hamba senangi itu, bantu hamba untuk mengabaikannya saja. Maha Suci Engkau yang membolak – balikan hati dan perasaan, semuanya jelas kehendak-Mu.
Demi Ruh dan Jiwaku yang ada dalam genggaman-Mu, jika saja nanti Engkau perkenankan hamba memiliki rasa itu lagi, hamba mohon....
Biarkan hamba jatuh cinta kepada seseorang yang hanya mencintai-Mu lebih dari apapun
Biarkan hamba jatuh cinta kepada seseorang yang hanya takut kepada-Mu
Biarkan hamba jatuh cinta kepada seseorang yang hanya mampu merindu-Mu dan Rasul-Mu
Dan biarkan hamba mengabdikan diri hamba kepadanya
Taat dan patuh padanya
Karena cintanya, takutnya and rindunya ada dalam Ridho-Mu...
Tidakkah itu indah Ya Rabb...?
Tidakkah semua pinta hamba itu mudah bagi-Mu...?
Lalu biarkan hamba bahagia Ya Rabb...
Sekali ini saja....hamba mohon....

6 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.
Maaf. Setiap kisah merupakan sejarah, setiap kisah menuai hikmah. Sungguh kita hanya menjalaninya dalam hidup ini, tentunya dengan sabar dan ikhlas berserah diri pada-Nya. Allah memberikan cobaan kepada kita dengan menyertakan kebahagiaan dan hikmah. Setiap cobaan adalah renungan, kesenanganpun cobaan. "orang-orang yang kita cintai dan sayangi serta harta kita adalah cobaan yang paling dekat dengan kita".
Bersabarlah mbak saya doakan semoga mbak diperkenankan Allah SWT dan dihadirkan yang mbak idam-idamkan. Amin.
Wassalamu'alaikum.

Nurulhaq said...

Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita


Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk
dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada

Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya

Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya

Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya

Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”

Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya

Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?

Nurulhaq said...

Tujuan Berkahwin


Mengapa berkahwin? Mengapa perlu menjadi suami isteri?

Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakan orang, jawapannya hampir
sama sahaja

Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan tuntutan naluri
semulajadi

Atau hendak menunaikan tuntutan biologi, kalau tidak

sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini atau tidak ada hiburan

Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang maka tujuan berkahwin
itu

sudah terlalu sempit dan bernilai murahan

Tujuan itu secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan taraf
dirinya kepada haiwan

Kerana haiwan berkahwin kerana bertujuan ini juga,

sama-sama tidak ada cita-cita masa depan dan lebih global

Kalau itulah tujuan berkahwin itu sekiranya tujuan itu terbantut,

ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal

Apabila ternafi atau terbatal, hilanglah bahagia, tidak adalah
hiburan

Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin yang tidak diduga, setelah tua

Orang mukmin yang sejati, yang takut dan cintakan Tuhan faham maksud
perkahwinan, berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global

Tujuan perkahwinan lebih jauh daripada yang dinyatakan

Inginkan mengikut Sunnah Nabi, menghiburkan Rasul, ingin mendapat
zuriat

yang banyak bertaqwa pula, dapat menyambung perjuangan ibu dan
ayahnya

agar Islam terus bersambung

Ibu dan ayah dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya

Selain itu suami isteri ada kawan untuk berbincang tentang Tuhan,
Islam,

perjuangan Islam, tentang nasib umat Islam

Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara

Orang yang menghayati apa yang telah disebut tadi ia adalah satu
hiburan,

kebahagiaan dan kepuasan

Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu sudah maklum terjadi
sendiri

bila rangsangan terjadi

Tapi itu bukan matlamat utama di dalam perkahwinan

Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu seperti yang
dinyatakan

Orang yang berkahwin yang mempunyai cita-cita yang besar

terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri

Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam itu kebahagiaan
dan kepuasan, bahkan satu keindahan

Kalau naluri kurang dapat ditunaikan banyak lagi hiburan yang lain

seperti yang telah disebutkan

Jadi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada tuntutan naluri
sahaja

Itu orang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandangan
jauh

daripada perkahwinan

Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat

Cakar harimau tidak payah diajar-ajarkan itu sangat memalukan

Oleh itu jangan dibesar-besarkan bukan itu matlamat perkahwinan

Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macam mana,
bagaimana,

Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan

Padahal cita-cita perkahwinan di dalam Islam, cita-cita yang mahal,
cita-cita yang murni, cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang

Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan

Orang yang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulah
kebahagiaan,

itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam perkahwinan

Mari kita anjakkan paradigma kita tentang memahami perkahwinan

Siswadi said...

Kebahagian

mingkin kebahagiaan yang sejati adalah tercapainya ketentraman hati disaat lapang maupun sempit.

Saya pernah merasakan perasaan yang carut-marut tdk tau sebabnya,mungkin benci,rindu,kesal atau campuran semuanya, tidak bisa dilupakan atapun dihilangkan. tapi tiba-tiba saja hati saya tergerak untuk bersuci gelar sajadah dan baca QUR'AN sampai beberapa lama. dan setelah itu hati ini tentram sekali seperti ada lapisan sejuk sesaat setelah saya tutup QUR'AN. begitu dahsyatnya Ayat-ayat ALLAH.

Nurulhaq said...

Perempuan cantik tapi berakhlak jahat , derhaka suami, adalah
ibarat bunga raya, cantik tetapi tidak harum baunya. Sebaliknya
perempuan yang tidak cantik tapi berakhlak mulia, taat Allah, taat
suami, ibarat bunga cempaka, tidak cantik tapi wangi baunya.

Antara bunga raya dan bunga cempaka, bunga cempaka lebih diminati.
Sebab itu kita tengok bunga cempaka dijual dan dipakai tapi bunga
raya tidak dijual atau dipakai. Keutamaan perempuan sama ada cantik
atau tidak cantik adalah pada akhlaknya, taqwanya dam taatnya pada
suami.

Perempuan cantik tidak berakhlak dan tidak taat suami adalah
menyakitkan hati suami walaupun sedap mata memandang. Perempuan
tidak cantik pula kalau tidak berakhlak dan tidak taat pada suami,
menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Sebab itu usah bangga dengan
rupa dan usah risaukan sangat rupa paras yang tidak cantik. Tetapi
berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa, 'cantik'
akhlaknya dan taat suami.

Kalau ini ada, nescaya Allah sayang, suami sayang dan semua manusia
sayang. Bukankah itu yang menjadi cita-cita dan keinginan setiap
wanita?

sweetapril said...

Bu... udah ketemu yang baru? kenalin duong?